27 August 2007


  1. Kos pengiklanan akan menaikkan lagi harga barang terhadap pengguna berbanding tanpa iklan.
    Ada kalanya kos pemasaran sesuatu produk (termasuk pengiklanan) melebihi kos pengeluaran. Dengan erti kata lain, kita membayar lebih untuk mendapatkan jualan berbanding dengan membayar upah serta bahan mentah yang diperlukan dalam penghasilan produk. Adakah alasan ini adalah antara jawapan kenapa pengguna perlu menanggung kos kempen pengiklanan yang tinggi sedangkan tanpa iklan, harga dapat di minimakan dan barang boleh dijual pada harga yang lebih rendah?

  2. Kuasa pengiklanan terlalu ditumpukan kepada pengiklan-pengiklan gergasi memandangkan mereka mampu untuk mematahkan persaingan daripada pengiklan kecil-kecilan.
    Pengiklanan mampu menjatuhkan sistem terbuka dalam persaingan dengan membenarkan pengiklan gergasi memaparkan mesej iklan yang boleh menenggelamkan pesaing-pesaing kecil. Bagaimana sebuah syarikat kecil hendak menandingi syarikat gergasi sebagai contoh Nestle atau Coca-Cola dalam produk kesihatan dan minuman ringan atau McDonald dan KFC dalam bidang makanan segera? Pengkritik mengatakan walaupun produk ini mempunyai nilai yang tidak seberapa tetapi dengan kuasa iklan, ianya mampu mengubah taksiran pandangan ini. Mempengaruhi gambaran pengguna dan mewujudkan kekuatan ‘branding’, cara ini direka khusus oleh bakat-bakat dalam agensi pengiklanan terkenal dan menggunakan sumber-sumber serta penggunaan media utama menyebabkan tiada pengeluar atau pengusaha-pengusaha baru mampu bersaing walaupun produk mereka lebih berkualiti.

  3. Pengiklanan mempengaruhi kita untuk membeli produk yang kita tidak perlukan.
    Solekan untuk kaki? Pancur air berputar yang boleh mengurut badan? atau air mineral yang sebenarnya cumalah air paip yang ditapis? Iklan telah berjaya mempengaruhi pengguna untuk memiliki sesuatu yang pada zahirnya hanyalah assessori dan bukannya keperluan. Ini menjadikan kita masyarakat yang semakin rendah penilaiannya.

  4. Pengiklanan, terutamanya di TV mementingkan ’stereotype’ peranan jantina.
    Kenapa wanita harus digambarkan di kaca TV sebagai suri rumah yang hanya mahukan sesuatu produk tanpa menghiraukan orang lain terutamanya suami mereka. Wanita masa kini kebanyakannya berkerjaya tinggi dan menyumbang kepada masyarakat serta tidak ternilai sumbangan mereka terhadap ekonomi serta bisnes. Tetapi kebanyakan iklan di kaca TV tidak memaparkan realiti ini.

I've Been Married For

Daisypath Anniversary tickers

Copyright Esha Sha BeautyPreneur 2020. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates