01 August 2007

Untuk mengatasi pengaruh iklan terhadap diri kita, kita perlu mengenali jenis-jenis iklan yang ada di sekeliling kita. Slate Magazine baru-baru ni mengeluarkan satu artikel bertajuk “There Are 12 Kinds of Ads in the World-Resist Them All“. Memandangkan bukan semua daripada kita faham sangat atau mungkin tak berapa berminat nak baca penulisan English ni, saya akan cuba ulas apa yang terdapat dalam artikel dan presentation artikel tu.


Pada tahun 1978, Donald Gunn merupakan pengarah kreatif untuk satu agensi pengiklanan, Leo Burnett. Walaupun kedudukan beliau meletakkan beliau sebagai seorang pakar, Gunn biasanya akan melakukan pertaruhan dengan bersandarkan kepada inspirasi dan nasib untuk membuat iklan berbanding membuatnya berdasarkan formula yang terbukti keberkesanannya. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk melakukan penyelidikan selama setahun dengan mengkaji iklan TV yang terbaik disiarkan di udara dan melihat corak-corak yang penting.


Hasil keputusan kajian beliau, beliau membuat kesimpulan bahawa kesemua iklan-iklan yang bermutu dan terbaik jatuh dalam salah satu daripada 12 kategori yang telah dikenalpasti. Penulis artikel, Seth Stevenson telah mengumpulkan contoh-contoh iklan masa kini dan dipersembahkan di dalam slide shownya.



  1. Demo: Iklan jenis ni memang yang paling asas dalam sebarang promosi produk dan perkhidmatan

  2. Keperluan dan masalah: Dalam kehidupan seharian kita, memang tak lekang daripada masalah. Huraian masalah akan dibentangkan dan produk atau servis akan diperkenalkan.

  3. Penonjolan Masalah yang Beraneka dan Berlainan: Dengan teknologi grafik komputer, kesan audio dan visual dapat menjadikan fantasi menjadi seakan-akan realiti.

  4. Perbandingan: Pernah tengok iklan sabun basuh tak?

  5. Kisah Teladan: Kebanyakan iklan jenis ini akan mempunyai naratif yang panjang dan memberi impak emosi yang mendalam terutamanya kepada mereka yang pernah melalui pengalaman yang berkaitan.

  6. Kelebihan menjadi tunjang jalan cerita: Cara ini pada pendapat penulis kurang digemari oleh pengiklan kerana memerlukan penonton berfikir sejenak. Dengan kewujudan teknologi terkini, tumpuan penonton mudah beralih dan tidak memberikan impak yang lama.

  7. Testimoni: Selalu digunakan dalam pengiklanan secara langsung contohnya Smart Shop, Media Shoppe dan sebagainya

  8. Karakter Rekaan dan Selebriti Terkenal: Satu cabaran dalam iklan kategori ini adalah menggunakan ‘ikon’ serta menyelitkan dan menghubungkaitkan jenama kepada penonton.

  9. Penggunaan Simbol, analogi dan kesan visual yang menonjol: membuat demonstrasi kelebihan produk dan mengapa produk tersebut berkesan dalam menyelesaikan masalah berkaitan.

  10. Mewujudkan hubungkait dengan gambaran pengguna/penonton: Pengiklan akan memaparkan jenis-jenis pengguna dengan harapan pengguna akan merasakan kaitan di kalangan mereka. Bergantung kepada pasaran sasaran, selalunya pelakon berwajah cantik akan dipaparkan tetapi kadangkala orang kebanyakan akan dipaparkan juga.

  11. Penggunaan personaliti yang unik: Tempat asal atau sejarah yang mantap selalunya akan digunakan seperti iklan BMW di mana keunggulan teknologi dari Jerman.

  12. Tidak masuk dek akal: Iklan jenis ini semakin popular. Walaupun kedengaran agak janggal, tapi keberkesannya terbukti dengan sejumlah ramai yang akan memandang/menonton lebih daripada dua kali.


Harap pembaca semua dapat faham dan sekarang anda semua dah tahu, tangkislah iklan-iklan seumpama ini untuk kesejahteraan duit poket anda.

7 comments

saya ingin tahu mengenai iklan jenis psa dan komersil. seperti definisim ciri-ciri, cara membuatnya, perbezaannya,fungsinya, kebiakan,kelemahan,impak kepada pembangunan insaniah, masyarakat dan Negara, impak kepada etika dan norma profesional pengamal teknologi media dan halatuju pembangunan media dari aspek kini dan masa depan.

REPLY

saya ingin tahu,apakah jenis jenis iklan yang terdapat dalam media massa? bilakah iklan sering di tayangkan? apakah ciri ciri iklan yang dapat memberi impak kepada penonton? apakah kebaikan iklan? apakah keburukan iklan? bagaimana pemerintah dapat mengawal penyiaran iklan yang dianggap kurang baik? bagaimana masyarakat dapat mengawal penyiaran iklan yang dianggap kurang baik? bagaimanakah ibu bapa dapat mengawal penyiaran iklan yang dianggap kurang baik?

REPLY

saya ingin tahu apakah pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak?

REPLY

saya ingin tahu bagaimana sesuatu iklan itu disiarkan dan waktu iklan itu disiarkan serta durasi sesuatu iklan

REPLY

apakah keburukan iklan kepada pengguna

REPLY

apakah keburukan iklan kepada pengguna

REPLY

saya nak tau apakah keburukan iklan kepada pengguna kerana iklan pada masa kini sangat mempengaruhi pengguna untuk membeli barangan yang kurang berfaedah dan pengguna banyak menghabiskan duit mereka..

REPLY

I've Been Married For

Daisypath Anniversary tickers

Copyright Esha Sha BeautyPreneur 2020. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates