Up Close & Personal dengan Pelakon Tari Tirana
Ramai peminat-peminat Tari Tirana telah hadir bagi memeriahkan program ini. Berikut adalah video footage acara berkenaan:
Komen anda sekalian amat-amatlah dialu-alukan.
Layari FB Page @eshabeautypreneur
Pada 13 August 2008 yang lalu, satu 'talk' oleh sebuah akademi pengiklanan 95% The Advertising Academy telah diadakan di pejabat mereka bertempat di Bangsar. Iklan mereka yang ditulis dalam Bahasa Inggeris “Here’s how you can get a job in advertising paying you a salary of RM2,300. Guaranteed.” telah menarik perhatian kami untuk datang mendengar taklimat mereka.
Memandangkan Laadvamore merupakan seorang pelajar dalam bidang pengiklanan, kami (Ashrufzz dan LV) telah mengambil peluang ini untuk menghadiri taklimat selama 2 jam. Ternyata, taklimat mereka mempunyai banyak pendedahan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang pengiklanan walaupun telah berada dalam bidang lain.


Taklimat bermula pada jam 2.30 dengan pembukaan disampaikan oleh Janet Lee, salah seorang daripada pengasas 95% The Advertising Academy.

Janet berkongsi pengalaman beliau dalam bidang pengiklanan. Sememangnya kerjaya dalam pengiklanan mempunyai banyak onak dan duri tetapi itu tidak mematahkan semangat beliau yang telah menceburi bidang ini selama hampir 20 tahun.

Slide-show yang ditampilkan semasa taklimat amatlah simple.

Shaikh Shahnaz Karim adalah daripada bidang Teknologi Maklumat (IT). Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang pengiklanan setelah mendapati industri yang beliau ceburi pada ketika itu agak membosankan.
Tujuan sebenar taklimat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dunia pengiklanan dan juga membuka peluang kepada mereka yang gemarkan bidang pengiklanan walaupun daripada bidang yang berbeza untuk sama-sama memasuki bidang yang dikatakan berwarna-warni ini. Dikatakan, hanya bidang pengiklanan sahaja satu bidang yang menjadi penghubung kepada segenap jenis industri yang ada di pasaran kerana setiap industri memerlukan pengiklanan untuk menyampaikan mesej mengenai tawaran perkhidmatan ataupun produk mereka.

Terdapat kira-kira 130 - 150 agensi pengiklanan di Malaysia. Industri pengiklanan di Malaysia mempunyai pasaran yang bernilai RM5 juta, bukan suatu angka yang kecil. Ini membuktikan bahawa peluang dalam bidang pengiklanan kini semakin terbuka luas dengan adanya media elektronik yang semakin berkembang dengan pesatnya masa kini.
Buat masa ini program yang mereka tawarkan mempunyai 3 posisi; 1)Copywriter 2) Strategic Planner 3) Account Executive. Program ini mempunyai kos sebanyak RM15,000 seorang selama 6 bulan. Kelas diadakan 2 kali seminggu pada sebelah petang selepas waktu pejabat. Namun yang demikian, peserta yang layak adalah dijamin gaji sebanyak RM2,300 sebulan.

Sepanjang taklimat ini, pelbagai video iklan ditunjukkan untuk memberikan mereka yang hadir pelbagai perspektif dalam bidang pengiklanan. Malaysia dikatakan mempunyai bakat menghasilkan iklan bertaraf antarabangsa. Antara kejayaan Malaysia termasuklah merangkul beberapa anugerah daripada Cannes Lions festival. Anugerah Kancil Awards juga kini semakin meriah dan mendapat sambutan industri tempatan. Ini merupakan perkembangan sihat bagi industri pengiklanan Malaysia.
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program ini, anda bolehlah melayari http://enter95percent.blogspot.com/ ataupun http://www.rise67.com. 95 % The Advertising Academy mempunyai gandingan utuh bersama-sama the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia bagi mewarnai industri pengiklanan di Malaysia.






Hye guys! Lama betul i menyepi kan..ermm, busy sgt..biler msk semester jer..mst takde masa dah utk wat ape pun..yela, busy ngn asgmnt, test, aktiviti kolej lg..hurmm..well, for this time i would like to tell you guys ’bout the first online drama in Malaysia called Kerana Karina..cast by Marsha Milan Londoh, Sazzy Falak, Zizan Nin, Elaine Daily, Bell Ngasri and many more..so far i watched 7 episodes..quite ok..ermm..kelakar jugak tgk Bell berlakon watak lembut..drama ni exclusive on monday, wednesday and friday..so far dah 7 episodes..so this friday will be continued with the 8 episode..erm, ’bout lakonan Marsha..ok jugak la die blakon but sometimes still pekat jugak lg die pnyer slang Sabahan die tu..hehe..yg I geram tgk dlm ni so far Elaine Daily..suker sgt die menyibuk nak macam goda si Zizan Nin tu..Elaine saje nak sakitkan hati and nak bg Karina (Marsha) jealous..actually Karina and Imran (Zizan Nin) pernah in love dulu time they were study in UK (if i not mistaken) and apa yang i tau, dorang hampir2 nak bertunang dah..tapi tak jadi..x tau la kenapa sebab dia..ermm, so anybody want to watch this drama can watch it at www.gua.com.my..click to video and then gua tv..ok, that’s all from me..selamat menonton and have fun!
Copyright Esha Sha BeautyPreneur 2020. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates