14 May 2008

Lama jugak tak update blog Laadvamore ni. Sedar tak sedar, dah hampir setahun dah rupanya blog ni online. Minggu depan nak kena renew dah domain name laadvamore.com nih. Actually ada banyak perkara sebenarnya telah dirancang untuk memeriahkan lagi blog ni. Tapi tak berapa sempat nak update kerana kekurangan masa dan fokus. Insya' Allah lepas ni aku akan usahakan untuk menulis dalam blog ni.


Bulan lepas, kitorang pergi tengok wayang cerita "Congkak" kat GSC One Utama. Memandangkan cerita ni diarahkan oleh orang yang sama yang buat cerita Jangan Pandang Belakang yang kitorang tengok dulu, kitorang punya expectation pun tinggi lah. Kepada sesiapa yang belum menonton cerita ni lagi, mari kita lihat trailer cerita Congkak ni dulu:



 

Okay tak trailer "Congkak" ni? Memang best dan mengujakan, betul tak? Biar aku kasi sinopsis sikit la, cerita ni mengisahkan tentang satu keluarga yang berasal daripada kota KL. Diorang ni baru beli satu rumah percutian yang diorang tak pernah pergi pun. So, memang bersemangatlah si ayahnya nak pergi bercuti kat kampung sebab si ayahnya berasal daripada kampung sebelum berjaya menjawat jawatan tinggi kat sebuah syarikat ni.


Cerita ni panjang sangat, nak dipendekkan cerita, diorang ni berhadapan dengan pelbagai rintangan la sepanjang berada dalam rumah tu. Kemudian banyak perkara lagi la yang diorang ni alami.Banyak la jugak adegan-adegan yang terkejut dalam cerita Congkak ni. Tapi yang kelakarnya, special effect ala-ala cerita cina kungfu, boleh terapung terbang-terbang semua tu..


Akhir cerita, diorang ni rupanya dah pergi rumah yang salah. Nasib baiklah cerita ni bukan mimpi macam cerita yang kitorang tengok sebelum ni. ;-)

I've Been Married For

Daisypath Anniversary tickers

Copyright Esha Sha BeautyPreneur 2020. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates