04 March 2008

(Amaran: Entri blog ini mengandungi spoiler yang mungkin mempengaruhi keputusan anda untuk menonton wayang ini)

Anak The MoviePada Ahad lepas, aku dan LV pergi ke Bukit Raja Shopping Kompleks dengan satu tujuan murni iaitu menonton cerita wayang Melayu. Sangkaan kitorang citer Anak ni mesti best la sebab pelakon dia pun bukan calang-calang orang, Erra Fazira dengan Ida Nerina tu. Sebelum wayang ni bermula, ada iklan cerita 'Congkak' daripada produser citer 'Jangan Pandang Belakang'. Kitorang dah plan nak pergi tengok jugak citer tuh nanti.

Cerita Anak ni bermula dengan Nita (Erra Fazira) sedang mencari rumah sewa di sebuah apartment. Nita mempunya seorang saudara rapat bernama Kay (Ida Nerina). Kay ni seorang model ternama yang hidup mewah tetapi sedang menghadapi krisis kerjaya yang semakin menurun. Daripada sedutan babak-babak dalam cerita ni, memang banyak kali la dia tunjukkan Nita ni mengalami mimpi-mimpi yang mana dia nampak budak kecik bermata putih. Pastuh ada babak-babak flashback pasal apa yang berlaku yang menyebabkan Nita ni mengalami gangguan-gangguan ni.

Rupa-rupanya si Kay ni punya kerja yang menyebabkan si Nita ni mengalami gangguan mental ni. Dalam cerita ni ada watak Doktor lakonan seorang pelakon lelaki Indonesia yang agak kacak. Kemain lagi dia peluk-peluk si Nita ni..hehe..Dipendekkan cerita, si Kay ni amalkan ilmu hitam yang guna janin untuk mengekalkan wajahnya yang muda remaja. Akhirnya si Kay ni mati kena kejar dengan hantu budak tu. Orang-orang yang terlibat dalam menjadi dalang kematian/pengguguran janin hasil daripada komplot rogol dengan Kay tu pun mati jugak.

Penamat cerita ni merupakan saat-saat di mana ada kekecohan jugak la dalam panggung wayang hari tu. Rupa-rupanya semua ni MIMPI!. Teringat ada cerita seram arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang semua benda-benda seram hantu semua tu mimpi belaka.

Buat penat jer tengok!! ;-p

I've Been Married For

Daisypath Anniversary tickers

Copyright Esha Sha BeautyPreneur 2020. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates