al-fatihah buat temanku
Ajal dan maut..tiada siapa yang boleh tentukan melainkan Allah s.w.t. Jumaat lepas, seorang temanku telah meninggalkan dunia ini tanpa sebarang pesan..terkejut, memang terkejut..tapi siapalah aku untuk menghalang kuasa Allah untuk mengambil nyawa hambanya..sudah tiba masa nyer, kiter akan pergi jua menghadap Nya..temanku ini mengalami kemalangan jalan raya…daripada yg aku dengar, die menunggang motosikal tetapi xpasti dengan apa die berlanggar…aku terkilan sbb xdpt pergi menziarahi jenazah beliau..bkn ape, aku di Kuala Lumpur..tempat kediaman beliau di Jengka, Pahang..semasa aku dapat sms tentang berita sedih ni…fikiran aku terus teringat susah senang kami alami semasa di UiTM Jengka sewaktu kami menjalani pengajian Diploma di sana..tibe2 aku rasa sebak..aku teringat perbincangan kami utk menyelesaikan tugasan kami utk kursus bahasa mandarin..allahyarham seorang yg suka mengusik dan kelakar orgnyer..cepat mesra dgn sesiapa…beliau juga seorang yg ringan tulang utk menghulurkan pertolongan..siapa sangka, dlm umur yg boleh dikatakan masih muda..beliau telah menemui ajalnya…semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan org yg soleh..al-fatihah buat temanku Mohd Azmal bin Jamaludin @ nama timangan yg kami beri BUAH..