Pada 13 August 2008 yang lalu, satu 'talk' oleh sebuah akademi pengiklanan 95% The Advertising Academy telah diadakan di pejabat mereka bertempat di Bangsar. Iklan mereka yang ditulis dalam Bahasa Inggeris “Here’s how you can get a job in advertising paying you a salary of RM2,300. Guaranteed.” telah menarik perhatian kami untuk datang mendengar taklimat mereka.



Memandangkan Laadvamore merupakan seorang pelajar dalam bidang pengiklanan, kami (Ashrufzz dan LV) telah mengambil peluang ini untuk menghadiri taklimat selama 2 jam. Ternyata, taklimat mereka mempunyai banyak pendedahan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang pengiklanan walaupun telah berada dalam bidang lain.



Pejabat 95% The Advertising Academy
Pejabat 95% The Advertising Academy
 

Hadirin taklimat oleh The 95% The Advertising Academy
Hadirin taklimat oleh The 95% The Advertising Academy
 

Taklimat bermula pada jam 2.30 dengan pembukaan disampaikan oleh Janet Lee, salah seorang daripada pengasas 95% The Advertising Academy.



Janet Lee sedang memberikan sepatah dua kata
Janet Lee sedang memberikan sepatah dua kata
 

Janet berkongsi pengalaman beliau dalam bidang pengiklanan. Sememangnya kerjaya dalam pengiklanan mempunyai banyak onak dan duri tetapi itu tidak mematahkan semangat beliau yang telah menceburi bidang ini selama hampir 20 tahun.



The Welcome to Advertising Slide Show
The Welcome to Advertising Slide Show
 

Slide-show yang ditampilkan semasa taklimat amatlah simple.



Shaikh Shahnaz Karim - salah seorang tenaga pengajar di 95% The Advertising Academy
Shaikh Shahnaz Karim - salah seorang tenaga pengajar di 95% The Advertising Academy
 

Shaikh Shahnaz Karim adalah daripada bidang Teknologi Maklumat (IT). Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang pengiklanan setelah mendapati industri yang beliau ceburi pada ketika itu agak membosankan.



Tujuan sebenar taklimat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dunia pengiklanan dan juga membuka peluang kepada mereka yang gemarkan bidang pengiklanan walaupun daripada bidang yang berbeza untuk sama-sama memasuki bidang yang dikatakan berwarna-warni ini. Dikatakan, hanya bidang pengiklanan sahaja satu bidang yang menjadi penghubung kepada segenap jenis industri yang ada di pasaran kerana setiap industri memerlukan pengiklanan untuk menyampaikan mesej mengenai tawaran perkhidmatan ataupun produk mereka.



Jumlah agensi pengiklanan di Malaysia
Jumlah agensi pengiklanan di Malaysia
 

Terdapat kira-kira 130 - 150 agensi pengiklanan di Malaysia. Industri pengiklanan di Malaysia mempunyai pasaran yang bernilai RM5 juta, bukan suatu angka yang kecil. Ini membuktikan bahawa peluang dalam bidang pengiklanan kini semakin terbuka luas dengan adanya media elektronik yang semakin berkembang dengan pesatnya masa kini.



Buat masa ini program yang mereka tawarkan mempunyai 3 posisi; 1)Copywriter 2) Strategic Planner 3) Account Executive. Program ini mempunyai kos sebanyak RM15,000 seorang selama 6 bulan. Kelas diadakan 2 kali seminggu pada sebelah petang selepas waktu pejabat. Namun yang demikian, peserta yang layak adalah dijamin gaji sebanyak RM2,300 sebulan.



95 percent Advertising Agency Hydrogen program
95 percent Advertising Agency Hydrogen program
 

Sepanjang taklimat ini, pelbagai video iklan ditunjukkan untuk memberikan mereka yang hadir pelbagai perspektif dalam bidang pengiklanan. Malaysia dikatakan mempunyai bakat menghasilkan iklan bertaraf antarabangsa. Antara kejayaan Malaysia termasuklah merangkul beberapa anugerah daripada Cannes Lions festival. Anugerah Kancil Awards juga kini semakin meriah dan mendapat sambutan industri tempatan. Ini merupakan perkembangan sihat bagi industri pengiklanan Malaysia.



Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program ini, anda bolehlah melayari http://enter95percent.blogspot.com/ ataupun http://www.rise67.com. 95 % The Advertising Academy mempunyai gandingan utuh bersama-sama the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia bagi mewarnai industri pengiklanan di Malaysia.